Khamis, Februari 11, 2010

Geletek minda dengan OIC, AFTA dan GST.

Umat Islam berjumlah 1.3 bilion iaitu kira-kira 20 peratus daripada populasi penduduk dunia. Kekayaan umat Islam seluruhnya hanya 8.6 peratus daripada Kadar Dapatan Negara Kasar (KDNK) dunia dan menguasai 10 peratus kek perniagaan global. Daripada 1.3 bilion umat Islam, seramai 941 Juta orang mendapat kurang 10 Dolar US (USD10) sehari. Hampir 30 juta umat Islam mendapat pendapatan per kapita USD10 000. Dunia Islam yang majoriti terdiri daripada 57 buah negara. Daripada jumlah ini, 28 buah negara tergolong dalam senarai negara mundur, buta huruf, mengalami masalah kesihatan dan ketiadaan kerja. Negara umat Islam dalam gabungan OIC sendiri tidak menyokong sesama sendiri. Buktinya perkongsian niaga pada tahun 1980 (pada kadar 47 peratus) merosot kepada 22 peratus pada tahun 2001. Kenapa hal ini terjadi? Adakah hal ini disebabkan kebergantungan yang terlalu besar terhadap negara bukan OIC? Malaysia misalnya menjadikan AS sebagai rakan dagang terbesar selain Republik Rakyat China. Dan kenapa OIC tidak berani memperkenalkan mata wang sendiri seperti Dinar Emas? Jika Kesatuan Eropah (EU) boleh memiliki mata wang sendiri, kenapa OIC tidak?


Industri Automotif Malaysia dan AFTA.

Cakap-cakap yang saya dengar, ALZA dikeluarkan lebih awal daripada waktunya kerana tidak mahu menghadapi masalah apabila Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan pada April 2010. Bagaimana sebenarnya mekanisma AFTA memberi kesan kepada harga kereta? Apabila zon bebas dibuka, bermakna tidak ada cukai dan duti import dikenakan. Apakah benar mengikut teori ini, kereta seperti Honda, Toyota, Mazda, Mercedeze, Volvo dan BMW yang dipasang di Thailand akan menjadi lebih murah? Dalam keadaan semasa, sebuah Honda Civic misalnya hanya berharga RM20 000, tetapi setelah dikenakan duti import dan cukai lain, harganya dalam pasaran Malaysia mencecah RM80 000. (Jika harga HONDA Civic serendah RM20 000, siapa pula yang akan membeli kereta Proton dan Perodua? Saya pun kalau ditawarkan sebuah kereta berjenama HONDA dengan harga murah, tentulah saya suka dan berhajat memilikinya!) Pun begitu, apabila AFTA dilaksanakan, kerajaan pasti akan mencari alternatif untuk mengimbang kehilangan pendapatan daripada cukai (duti) import.


Bagaimana?

Tidakkah kita sedar tentang cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)? Katakanlah GST ini dikenakan kepada ikan sebagai contoh. Pak Ali seorang nelayan menjual sekilo ikan dengan harga RM4.00. Apabila GST dikenakan, Pak Ali terpaksa menolak kepada peraih ikan dengan harga RM4.80. Peraih ikan pula menolak ikan kepada penjual di pasar basah dengan harga RM5.76 sekilogram. Penjual ikan di pasar pula terpaksa menjual kepada pengguna dengan harga RM6.90 (dibundarkan). Katakanlah seorang pekedai membeli sekilogram ikan dengan harga RM6.90 kemudian dia menjual kepada saya dalam bentuk ‘Ikan masak tiga rasa’. Ikan yang saya pilih itu jisimnya 500 gram, maka caj ikan mentah ditolak kepada saya sebanyak RM4.15. Kemudian dia menjual lauk Ikan masak tiga rasa dengan kadar biasa RM6.00. Tetapi RM6.00 belum lagi termasuk nilai GST. Hal ini bermakna kos tambahan yang perlu saya keluarkan untuk ‘Ikan masak tiga rasa’ sekarang sebanyak RM7.20. Wah, ini sudah betul-betul mahal! Dan siapa pula yang akan tolong kutipkan cukai bagi pihak kerajaan? Jawabnya ialah peniaga-peniaga. Bermula dari Pak Ali sehinggaah kepada tauke kedai makan, setiap seorang perlu menyerahkan empat peratus daripada jualan mereka sebagai cukai. Dan siapa pula yang membayar cukai itu? Kitalah yang menjadi pengguna akhir. Masalahnya, Pak Ali seorang nelayan yang selama ini tidak pernah berurusan dengan cukai, terpaksa pula membuat belanja lebih. Apakah Pak Ali akan pergi ke pejabat hasil dengan percuma? Pak Ali tetap perlu keluarkan belanja kenderaan, masa dan karenah birokrasi.


Maka di mana keuntungan Pak Ali? Di mana keuntungan peraih? Di mana keuntungan penjual ikan di pasar basah? Di mana keuntungan tauke restoran? Jawabnya keuntungan itu hangus sebagai kos operasi mereka untuk menyerahkan cukai yang telah mereka terpaksa kenakan. Jika mereka masih dengan cara lama, jabatan hasil yang akan membuat pemeriksaan tetap akan mendenda mereka. Lainlah jika jabatan hasil turun ke segenap penjuru jeti, pasar basah dan restoran membuka kaunter pendaftaran dan bayaran. Pun begitu ia tetap menyusahkan semua pihak kerana semua benda yang berubah rupa sudah ditambah nilai dengan kadar empat peratus cukai GST. Dan jika ini hanya contoh mudah bermula daripada ikan, maka fikir dan congaklah sendiri untuk sebuah kereta walaupun kereta itu asalnya sudah ditawarkan dengan begitu murah oleh pengilang di Thailand atau Vietnam misalnya. Apakah kereta ini dapat melepasi Kastam dan sebagainya dengan harga asal yang rendah itu?

3 ulasan:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

komen macam mana pun x gune.. rakyat tetap kalah.. kerajaan akan gune segala jenteranya untuk mempertahankan diri dan keputusannya termasuklah hakim.. aha!~ :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreadersstore.co.cc/

Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreadersstore.co.cc/ sekarang!

Naim berkata...

Zul, masa kemenangan akan tiba jika seluruh rakyat mahukannya.
Jika rakyat sentiasa kalah, tidak adalah yang dinamakan pertukaran kuasa pemerintah. Lihat sahaja revolusi Perancis, Iran dan lain-lain. Siapakah yang menukar pemimpin kalau bukan rakyat?

MARSLI N.O berkata...

Sdr Naim: Saya suka dengan huraian Sdr. Jelas sangat kekejamannnya di mana. Moga semakin banak yang sedar segala penipuan.

MARSLI N.O