“Ini betul rumah Ngah Bin Man?”
“Ya.”
“Berapa orang tinggal di sini?”
“Kami berdua saja. Anak-anak dah besar kerja di Kolompor sana.”
“Nama isteri?”
Penemuduga yang tidak diundang menandakan nama pada kertas yang dipegangnya.
“Man bin Amat ni siapa?”
“Dah arwah. 10 tahun lalu. Itu ayah pakcik.”
“Oo.” Sambil tangan penemuduga itu menanda bulat dengan pen merah pada nombor bilangan nama dalam senarai itu.
“Husna bin Raszali?”
“Itu cucu saya. Baru sepuluh tahun umurnya.”
“Oo.” Sekali lagi penemuduga membulatkan nama cucu Ngah. Dia geleng.
“Kenapa menggeleng?”
“Sebab nama cucu pakcik ni kalau ikut senarai ini sudah berusia 22 tahun.”
“Anak-anak pakcik kalau ada peristiwa besar empat atau lima tahun sekali balik rumah tak?”
“Raya mereka balik lah.”
“Pakcik, ‘raya’ yang satu lagi tu?” sambil penemuduga membuat isyarat.
“Oo, ‘raya’ itu. Ada. Depa selalu pesan pada kami jangan jadi orang yang menyesal lima tahun.”
“Pasal apa?”
“Masa itu ada orang datang bedak-bedak kain batik, pelikat, gula dan beras.”
“Oo.”
“Kita kalau setakat termakan budi sehelai pelikat atau batik atau sekampit beras tak berbaloi langsung.”
“Kenapa?”
“Lepas tu depa lanyak kita balik. Kalau tanam tebu kat tepi pagar tu belum tentu tumbuh. Tapi tebu di mulut depa ni dah bertan-tan habis.”
“Anak ni siapa?”
“Oo.. saya tukang audit tidak bertauliah. Kami harap nama seperti arwah ayah pakcik dan cucu pakcik tiada dalam senarai ini lagi.”
“Tapi itu hangpa jamin? Bukan hangpa dapat buang pun nama tu.”
“Kami usaha saja. Harap-harap dapat dibersihkan.”
3 ulasan:
Menanti tarikh dengan penuh debaran.... Naim ber'raya' di mana? Adun Kuala BErang?... he he
Fida; seorang intelligent merah putih bagi tahu saya tarikh mendebarkan itu bulan Nov. tahun ini.
Tahun ni raya pertama kedua di Pejabat, di UPM.
Hari raya ketiga raya di Manir & Kuala Berang.
Insya-Allah.
Oooo..november ya? kalau tau tarikh, boleh terus book tiket flight. Senang sket. Wajib balik tuh..
PS: Raya ketiga tu,lalu Manir..nak ke Kuala Berang mesti lalu Pulau Rusa, jemputlah beraya ke rumah;)
Catat Ulasan