Isnin, Ogos 22, 2011

Dia sudah pergi. Belasungkawa buat Tukya

Kita memang tidak pernah tahu. Semua itu ketentuan-NYA. Saya mula menukar banner weblog ini dengan meletakkan gambar kenangan bersama gemulah Tukya dengan tag keep the book alive! ketika dia mula-mula dimasukkan ke hospital untuk pembedahan jantung yang pertama. Itu berlaku awal tahun dahulu selepas HSPM.

Dua hari lalu saya memesan buku gemulah yang hakikatnya hari ini adalah antara yang terakhir berjudul Anak Belantara. Pemergian beliau jam 7.50 pagi 21 Ogos lalu tidak dapat siapa yang berkuasa menghalangnya. DIA sudah mendapat jemputan agung al-Khalik Penguasa alam semesta. Suatu hal yang bagus pada gemulah ialah sikap terbukanya terhadap kritikan. Suatu hari kami berbincang tulisan beliau di akhbar. Saya nyatakan ada percanggahan kecil fakta yang dinyatakan menyebabkannya tidak konsisten. Ya, selaku penulis besar bukan mudah untuk dikritik oleh penulis tidak bernama seperti saya. Tetapi arwah Tukya menerima saranan saya dengan mengucapkan terima kasih. Mungkin itulah juga yang menyebabkan arwah memberi pesan kepada saya dengan nada yang serupa. “Jangan takut kritikan.”

Ini pesan arwah kepada saya sekitar Feb 2011.

Al-Fatihah. Moga rohnya bersama hamba-hamba Allah yang soleh.

3 ulasan:

Afida Anuar berkata...

Oh, baru saya perasan banner naim bergambar dengan arwah....

Moga2 rohnya bersama mereka2 yang beriman. InsyaAllah..

Nur Fatiha Fadila berkata...

Assalamualaikum.

Benar, arwah cikgu azizi seorang yang terbuka dan telus. Dalam arena politik juga, arwah tidak buta menilai kaca dan permata. Sungguh, terasa kehilangan arwah cikgu. Semoga arwah cikgu tenang dan damai dalam kasih sayang Allah. Amin.

Nur Fatiha Fadila berkata...

Assalamualaikum.

Benar, arwah cikgu azizi seorang yang terbuka dan telus. Dalam arena politik juga, arwah tidak buta menilai kaca dan permata. Sungguh, terasa kehilangan arwah cikgu. Semoga arwah cikgu tenang dan damai dalam kasih sayang Allah. Amin.