Rabu, Mei 04, 2011

Si miskin dengan dinarnya

APABILA mengguna wang kertas fiat money, kita sebenarnya menghadapi satu keadaan yang tidak adil. Sebab itu dalam al-Quran Allah ceritakan dalam surah Yusuf juga al-Kahfi tentang penggunaan wang dirham atau dinar. Bagaimana nilai wang kertas menjadi susut? Kita buat perbandingan mudah nilai 10 ringgit puluhan tahun dahulu dengan sepuluh ringgit hari ini sudah berbeza. Dahulu dengan RM10 banyak benda dapat dibeli. Kalau orang ke pasar boleh jadi dapat beli sampai dua bakul barang. Tetapi sekarang mungkin dapat membeli dua perkara sahaja dengan RM10.

Sekarang sudah mula ada kesedaran untuk meningkatkan nilai wang dengan menggunakan emas. Barangkali orang sudah mula menyimpan jongkong emas atau menyimpan wang dalam akaun emas yang biasa dikenal sebagai Gold Saving Passbook Account (GSPA). Apabila dinar emas diperkenal iaitu syiling emas 916 dengan berat piawai 4.25g, banyak orang mula membelinya. Selain dinar emas yag dikeluar secara rasmi oleh Kelantan, Public Gold juga turut mengeluarkan dinar. Bagaimana orang memanipulasi dinar dengan memanfaatkan sistem pajak gadai Islam iaitu ar-Rahnu untuk mendapat satu lagi dinar? Hal ini biasanya dibuat oleh orang-orang yang tidak kaya. Misalnya pada bulan pertama 2011, si A membeli sekeping dinar dengan harga RM610. Dia memajak dinar di Agro Bank atau Ar-Rahnu Bank Rakyat pada bulan ketiga. Ketika itu harga dinar meningkat menjadi RM680 (contoh). Menjadi kebiasaan pihak yang menerima pajakan secara syari’e memberi pinjaman dengan kadar 65 peratus daripada harga semasa emas. Maka si A mendapat pinjaman RM442.00 selama enam bulan. Pihak yang menerima gadaian menyimpan dinar selama enam bulan dengan upah simpanan RM30.00. Maka si A perlu membayar ansuran RM78.66 selama enam bulan tanpa faedah. Bermakna si A perlu ada sekurang-kurangnya RM238.00 di tangan untuk mendapat dinar yang kedua ketika dia memajak dinar pertamanya.

Selepas enam bulan, apabila dia membayar ansuran dengan betul, dia dapat menebus kembali dinar pertamanya. Pada ketika itu, nilai dinarnya mungkin meningkat lagi beberapa puluh ringgit. Sekiranya si A tidak dapat membayar secara penuh ansuran selama enam bulan, dia masih mempunyai pilihan untuk menyambung tempoh bayaran ansuran tiga bulan. Tempoh lanjutan ini berbeza di antara bank-bank atau agensi yang menawarkan skim ar-Rahnu. Katakan enam bulan kemudian satu dinar menjadi RM740. Bermakna si A sudah memiliki dua dinar dengan nilai RM1480. Daripada nilai ini, si A sebenarnya sudah mendapat untung bersih sebanyak RM160.00 dalam masa sembilan bulan. Margin untung si A secara purata 12.12 peratus. Bayangkan kalau seseorang mempunyai lebih banyak dinar. Tetapi mustahil hendak membayangkannya kalau gaya pelaburan untuk dinar ini diusahakan oleh orang-orang yang kurang kaya seperti si A. Cuma yang penting si A nampak nilai emas yang lebih kukuh berbanding wang kertas. Contoh yang diberi dalam artikel ini hanya menggunakan dinar emas sebagai sandaran. Bagaimana pula keuntungan yang diperoleh mereka yang menyimpan jongkong emas atau wafer? Itu saya tidak pandai congak, kena tanya adik kawan saya Fida (bukan nama sebenar). Mungkin dia ada jawapannya.

2 ulasan:

Afida Anuar berkata...

eh eh....tengah pening2 duk baca pasal pelaburan dinar, ternampak nama Fida(bukan nama sbenar), tetiba terasa.. keh keh keh...

naim, hurmm..bab pajak, bayar ansuran tu tak berapa nak faham..er. kena berjumpa pakar kalau nak buat pelaburan dinar ni..

Seteguh_Karang berkata...

Sekurang2nya ada juga usaha si A untuk satu pelaburan dalam jangka masa yang panjang..Kalau nak tunggu kaya alamat xmelaburlah kita. Macmtu juga dgn tanah abang. Beli tanah sekarang, harga akan naik lagi bbrp tahun mendatang..Tp, pelaburan satu simpanan. Kalau dalam jangkamasa sekarang beli tanah pun satu keuntungan juga...kalau xnak jual pun boleh dibuat rmh..