1
"Dalam musibah terdapat empat seni iaitu mencari pahala dari Allah, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik dan menunggu kelembutan dari Allah."
2
"Hati yang sentiasa bahagia akan membunuh virus penderitaan, demikian juga jiwa yang pasrah pada takdir Allah akan menghancur bakteria kebencian."
3
"Dunia selalu berputar dan hari terus berganti. Keadaan yang sama tidak akan berlangsung selamanya. Allah S.W.T Yang Maha Penyayang juga sentiasa mengawasi keadaan hamba-hamba-NYA setiap saat.... maka kenapa bersedih?"
4
"Kenapa engkau memohon pertolongan kepada penguasa padahal diri dan hidup mereka juga berada dalam genggaman Allah Penguasa alam semesta. Kenapa engkau mengemis harta dan kekayaan kepada orang yang tidak punya apa-apa; mengeluh kepada yang tidak mengabulkan permintaan; serta mengadu kepada yang boleh sakit dan terluka."
5
"Kirimkan surat pengharapanmu di tengah kebeningan malam. Jadikan air matamu sebagai dakwatnya; kedua pipi sebagai kertasnya. Kepasrahan sebagai setemnya dan Arasy Ilahi sebagai almat (tujuannya). Setelah itu tunggulah jawapannya."
6
"Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan, atau hatimu dibayangi kesedihan, atau keluarga dan hartamu meninggalkanmu maka janganlah sekali-kali merasa putus asa kerana boleh jadi Allah telah persiapkan di sebalik itu kebaikan yang banyak
bagimu."
Dipetik dari buku Koleksi Mutiara Kata al-Qarni (Penulis Buku Jangan Bersedih), Berlian Publication Sdn.Bhd, Cetakan Pertama, 2008.
3 ulasan:
Sebagai motivasi buat isteriku setelah keretanya dicalar pelajar sekolah rendah yang nakal. Isteriku, "Abang tidak tahulah bagaimana keadaannya jika pelajar melarikan kereta itu pula?"
Allahuakbar...naim, kalau kereta kena calar ni, umpama hati yang tercalar..
buat isteri naim..bersabar lah, kereta saya pun, ada kesan calar gak tu, budak naik basikal yang buat.. hu hu
apa pun naim, terima kasih sudi share kata2 hebat dalam entry ni.. macam kasi suntikan keyakinan tuk hadapi hari2 esok;)
Abang...
Ida beruntung. kerana Allah telah memberikan seorang teman yang selalu ada buat Ida...
Disaat Ida diuji, Allah utuskan seorang suami yang menjadi penyelamat Ida supaya Ida tidak berputus asa. Setiap kiriman kata2 dari abang, amat berharga kpd Ida dan akan Ida sematkan dihati ini sedalam-dalamnya.
Apa yang berlaku, mungkin peringatan Allah pada Ida. Supaya lebih berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti harian. Ada hikmahNya atas apa yang berlaku.
Terima kasih abang…
Afida Anuar,
Terima kasih juga.. apa lagi yang boleh dikata…melainkan sabar..sabar..sabar..
InsyaAllah! Semoga diberi kekuatan dalam menghadapi hamba2 Allah yang nakal dan pendendam ni. Tak tahulah nak cakap mcmmn.. Akhlak anak2 zaman sekarang kalau rosak sejak dari sekolah rendah lagi, yang inilah mungkin menjadi pelapis kepada perompak, pencuri , penghisap dadah dan sebagainya. Sekolah rendah dah ada niat nak berdendam, apalagi bila masuk sekolah menengah. Nak kata tiada asas agama, ada ustazah yang ajar..Nak kata xbelajar moral, Pun sudah diajar. Inilah cabarannya mendidik anak-anak zaman sekarang. Payah nak terima yang baik sebab terlalu banyak contoh yang tidak baik.
Catat Ulasan