Jumaat, Mei 13, 2011

Belajar seni suara: Sikah

Pada Ahad lepas kami melepasi modul kelima IMQ. Untuk bahagian al-Quran peserta dikehendaki tasmi’ bacaan surah Al-‘Asr hingga Adh-Dhuha dan tiga minggu dari sekarang kami akan diuji hafalan surah al-Insan. Manakala bahagian tarannum pula, kami diajar lagu Sikah. “Cuba ikut,” gesa mu’allim kami. Saya mengulang dan cuba meniru bacaan sang guru. Tetapi guru itu berkata, “Tidak menjadi. Itu lagu Rass.” Betapa pun saya mencuba tiga kali berikutnya, tetap juga lagu Rass yang saya bawa. “Suara enta ‘besar’, tidak sesuai dengan lagu Sikah.”

Qari yang terkenal dengan lagu Sikah ialah Sheikh Abdul Basit. Jika ditinjau dalam klip video you tube, agak sukar juga untuk menemukan contoh bacaan murattal yang biasa dibawa dalam solat. Cuma sesekali sahaja (jika bernasib baik) kita dapat mendengar bacaan secara murattal Sheikh Abdul Basit dalam IKIM.fm. Yang sempat saya dengar ialah sebelum Subuh Selasa lepas. Pada ketika coretan ini ditulis, audio bacaan al-Quran belum dimuatkan dalam galeri audio laman web IKIM.fm. Burdah-burdahnya (SIkah) tidaklah sukar. Pun begitu ia perlu latihan yang lebih lama jika saya mahu menguasainya. Bagaimana burdah-burdah Sikah? Jom dengar bacaan secara murattal yang di bawah. Sila klik pada gambar untuk dengar.

Contoh bacaan al-Fatihah lagu Sikah secara Murattal.




2 ulasan:

Afida Anuar berkata...

Naim, waktu sekolah menengah dulu, saya belajar tarranum, macam-macam lagu.. Tp sampai skrang memang tak jadi lagunya, apatah lagi nak bawa lagu sikah atau rass...atau yang lain2 tu..

Naim berkata...

FIda, ok. Tak mengapa. Asal tidak lupa baca al-Quran.