Pagi tadi saya menurunkan seorang kawan di balai polis Bukit Aman. Kawan saya yang seorang ini perajin orangnya (workaholic). Hari cuti pun masuk pejabat. Setelah itu saya meletak kenderaan di parkir berhadapan Muzium Kesenian Islam. Saya sengaja menapak ke bangunan berhampiran Masjid Negara. Ketika melewati pintu masjid, jaga yang baharu sahaja menjawab soalan dari sebuah kereta berkata kepada saya, "Orang biasanya tanya masjid untuk sembahyang. Dia tanya masjid untuk mandi."
Fikir saya, mungkin inilah fungsi tambahan masjid apabila menjadi tempat yang dikunjungi pelancong. Jika tidak silap saya, kelihatan serombongan pelancong dari RR China sedang bersantai di perkarangan masjid sambil bergambar. "Oh masjid. Sudah jadi lokasi pelancongan." Dan belum lagi anda dengar cerita sekumpulan pelancong membuat formasi sembahan mereka bergambar di hadapan masjid sambil gelak-gelak.
3 ulasan:
Dalam kita tak sedar, rumah Allah seakan dihina...pelancong ramai datang, tapi orang islam yang datang berjemaahnya? Allahualam..
pernah temph hari sy dgr muzik kuat bersebelahan masjid... huuhu... masjid negara.
Fida, kata ustaz saya, "Jumlah tiang lebih banyak daripada orang berjemaah."
Khairi, macam mana nak khusyuk jika begitu?
Catat Ulasan