Beberapa hari lalu, saya menyiapkan satu artikel bertajuk Cabaran Hamlatul Quran. Artikel yang membincangkan perkara yang menjadikan seorang penghafal al-Quran sangat teliti. Seperti ketelitian seorang pengukir, seorang penghafal al-Quran perlu teliti mengenalpasti perbezaan kecil yang terdapat di dalam ayat al-Quran.
Hampir seminggu melaksanakan ibadah puasa, beberapa perkara sudah berlangsung. Bermula pelancaran aktiviti Ramadhan dan sumbangan kepada fakir miskin (Hilal Ramadhan) pada 23 Sept. 2006. Diikuti pelancaran Kempen Bi’ah Solahah pada 28 Sept. 2006. Dan beberapa acara lagi bakal menyusul seperti majlis Tilawah Al-Quran peringkat Desasiswa USM, sambutan Nuzul Quran dan Majlis Meraikan Anak-anak Yatim, dan akhir sekali Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu kaunter pembayaran zakat fitrah sudah dibuka. Kadar yang ditetapkan oleh PUZ Pulau Pinang ialah RM4.70 seorang. Pembayaran boleh dibuat melalui amil-amil yang bertauliah.
Mantik Bulan Puasa. (Peristiwa: Membayar zakat).
Saya mendapat tauliah Amil zakat.
Saya dilantik oleh PUZ Pulau Pinang.
Maka saya boleh menerima bayaran zakat.
“Selamat Menunaikan Kefardhuan Zakat. Zakat membersihkan harta anda.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan