Subuh 4 Oktober 2006.
Solat Subuh ditunaikan di masjid Permatang Tok Mahat, kebetulan sepanjang Ramadhan ini, kuliah Subuh diadakan selepas solat sehingga jam 0700. Penceramah membicarakan tajuk Lailatul Qadar.
Sebelum itu disentuh juga sunnah nabi iaitu mandi di antara Maghrib dan Isyak. Jumhur ulama bersepakat bahawa, mandi selepas Asar pada bulan Ramadhan hukumnya makruh.
Imam Mujahid rahimahullah berkata, 'suatu hari nabi Muhammad S.A.W menceritakan kehebatan jihad seorang bani Israel selama 1000 bulan. Maka sahabat menjadi takjub kepada kehebatan jihad itu. Lalu turunlah surah Al-Qadri'.
Dari Imam Ad-Dailami dari Anas bin Malik radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengurniakan kepada umatku Lailatul Qadar dan ia tidak pernah dikurnian kepada umat sebelum kamu.”
Hebatnya lailatul Qadar, ganjarannya lebih baik daripada 1000 bulan, iaitu 83 tahun 4 bulan. Bayangkan jika seseorang itu umurnya secara purata 60 tahun, dan mula melakukan ibadat selama 35 tahun (dikira bermula umur 15 tahun, umur mukallaf), dia berpeluang bertemu 35 kali lailatul Qadar. Andai setiap tahun, dia mendapat lailatul Qadar, maka ganjaran di sisi Allah untuk malam mulia itu sahaja menjadi ibadah seolah-olah dilakukan selama lebih daripada 35 000 bulan! Atau lebih daripada 1458 tahun tiga bulan. Betapa itulah kehebatan umat akhir zaman.
Akhir kuliah, penceramah menjual buku LAILATUL QADAR, AMALAN & CARA SALAFUSSOLEH MEMPEROLEHINYA dengan harga RM10.00. Buku ini diterbitkan oleh Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Kedah. Hanya taipan ayat empat surah Ad-Dukhan pada muka surat 22, ditaip salah dari kiri ke kanan. Isi kandungan yang lain semuanya ok.
Jumaat hingga Ahad, majlis Tilawah Al-Quran Antara Desasiswa USM akan berlangsung di perkarangan Pusat Islam. Manakala seorang yang dipanggil NAIM di Pusat Islam akan bertolak ke Lumut selepas selesai solat Subuh 6 Oktober. Tidak sempatlah saya mendengar khutbah Jumaat di Pusat Islam. Saya akan bersama-sama pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysia Spanish Institute (UniKL MSI) selama tiga hari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan