
“Hello, apabila saya buka browser Internet Explorer dia tertutup secara automatik.” Kata orang yang menghubungi saya.
Lalu saya meluangkan masa melihat masalah pengadu. Bila dibuka browser IE, hanya beberapa saat website dapat dilihat. Kemudian akan berlaku lantunan (blinking) dan alamat URL berubah. Pada bahagian alamat URLnya akan ada res://ieframe.dll/acr_error.htm#http://
Dan anda diberitahu browser tidak dapat membuka laman web yang cuba anda layari.
Bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini?
Perkara ini sebenarnya disebabkan oleh satu virus jenis Trojan yang bersembunyi di sebalik tabs tertentu yang ditambah dalam browser. Apabila tabs tersebut diklik, ia akan menjana virus yang akan menyerang sistem. Dalam kes ini, sistem IE akan diserang menyebabkan gangguan perayauan sehingga kadang-kadang tetingkap IE ditutup secara automatik.
Langkah 1: Klik Start > All Programs > Windows Update. Kemudian kemaskinilah apa-apa yang dicadangkan.
Langkah 2: Muat turun perisian Anti-Malware Malwarebytes. Terdapat versi percuma. Anda juga boleh memuat turun yang dijual jika anda kaya atau murah hati. Perisian Malwarebytes boleh diperoleh di sini.
Langkah 3: Install Malwarebyte dan saring komputer anda. Kemudian anda akan dimaklumkan virus yang berada dalam PC anda. Tekan show report, dan buang semua virus.
Langkah 4: Buang cache dan cookies daripada browser IE anda. Tutup tetingkap IE dan buka semula.
Selesai.