Jumaat, Ogos 05, 2011

Bila syling public gold tidak diterima bank

Syiling emas public gold dengan nilai satu, dua dan lima dinar (atau mungkin ada lagi syiling yang lebih besar nilainya) sudah tidak diterima dalam sistem Ar-Rahnu Agro Bank (Bank Pertanian) dan Bank Rakyat. Bank Rakyat hanya menerima syiling Dinar Kelantan, emas keping (wafer) kijang dan barang kemas. Manakala Agro Bank hanya menerima barang kemas sahaja. Menurut pegawai bank, hal ini berkuatkuasa Mei 2011. Saya hampir berputus asa ketika sangat terdesak menggunakan wang. Lalu saya cuba pula ke muassasah gadaian Islam Terengganu bersebelahan masjid putih (masjid negeri – berdekatan terminal bas MBKT).

Muassasah gadaian Islam ini menerima syling emas, jongkong, kajang emas dan barang kemas. Nilai yang diberi pinjam ialah 80% daripada nilai semasa yang dinilai oleh pegawainya. Masa penebusan semula ialah selama 10 bulan. Oleh sebab saya hanya menggadai satu dinar syiling Public Gold, tiada upah simpan dikenakan. Saya hanya perlu membayar RM1 ketika menerima wang yang dipinjamkan kepada saya. RM1 adalah kos pentadbiran. Tambahan 30 sen dikenakan jika penggadai tidak membawa fotokopi kad pengenalan. Maka saya perlu membayar ansuran pinjaman wang muassasah dengan tanpa faedah dalam masa sepuluh bulan. Hal ini bermakna syiling emas itu akan menjadi milik pemberi pinjam jika saya tidak menebusnya dalam masa sepuluh bulan.

Ketika saya berurusan di muassasah gadaian Islam ini, saya dapati ada juga penggadai bukan Islam memanfaatkan sistem pajak gadai Islam ini. Perkara ini biasa kita lihat di mana-mana. Dalam situasi negara memperomosi kewangan Islam dalam sistem perbankan, ramai juga bukan Islam menggunakannya. Hal ini disebabkan al-‘adalah (keadilan) yang terdapat padanya. Memang tidak dinafikan, sistem perbankan Islam di negara kita tidak seratus peratus betul menurut yang sepatutnya, tetapi dalam keadaan sekarang kita wajar menyokongnya. Dari masa ke masa, saya percaya sistem ini boleh ditambah baik terutama dari segi pelaksanaan sistem yang betul-betul mengikut syariat. Kita boleh sahaja melihat beberapa kritikan langsung terhadap sistem perbankan Islam dengan pandangan yang mengatakan ia masih seakan-akan sistem konvensional. Malah ada sesetengah pihak berpendapat, perbankan Islam lebih menekan.

Dan saya menggadai syiling emas sementara mengunggu gaji yang lewat dibayar. Esok baharu dapat 40 peratus daripada bulanan bulan lepas. "Pegawai kerajaan yang tandatangan cek pembayaran itu cuti tiga bulan. Sebab itu bayaran lambat," kawanku kata.

6 ulasan:

Kay berkata...

Salam Naim, mana yg lg baik, beli barang kemas atau syiling emas @ jongkong emas?

Terima kasih

Naim berkata...

kak kay, kalau nak melabur elok beli jongkong emas. Biasa jongkong yang 10 gram dealer dia akan bagi 10% diskaun.

MARSLI N.O berkata...

Sdr kini di Kuala Terengganukah?

MARSLI N.O

Naim berkata...

saudara Marsli NO; sekali sekala balik Terengganu. -:)

Unknown berkata...

Saya ada berkira mahu melabur ar-rahnu bank rakyat tapi masih memikirkan, ketika kawan saya mendapat banyak faedah daripadanya, katanya sampai 2kg di bank rakyat tapi mahu buat overlap.

Naim berkata...

Nizam (terakerapung);

Hebat ilmu pelaburan sahabat anda. Saya belum tahu teknik itu. -:)

demo bergurulah, nanti kongsi dengan hamba. Boleh?