Sudah lama menyepi tanpa khabar. Sedikit kalut dek tugasan yang menggunung tinggi. Namun beberapa perkara telah berlalu. Syarahan umum pelantikan profesor oleh Ketua Projek Nanotiub Karbon (CNTs Group, USM) telah selesai. Berita tentang perancangan Unisains Holding bagi kesinambungan kajian ini boleh dirujuk dalam akhbar The Star, 15 April 2006 muka surat B11.
15 April 2006 - Himpunan Bicara Ilmu siri 2. Penyertaan kali ini lebih memberangsangkan. Terdapat pertambahan 80 orang peserta berbanding dengan siri pertama.250 orang audien dari kalangan masyarakat luar kampus. Pelajar USM sendiri tidak ramai memandangkan mereka bersiap sedia menghadapi peperiksaan akhir semester pada minggu ini dan minggu depan. Rakaman Himpunan Bicara Ilmu yang terdiri daripada Dato' Badarudin Ahmad (INSANIAH, Kedah), Ust. Mohd Fauzi Md. Thahir (Maktab Mahmud) dan Dr. Jamnul Azhar Mulkan (Peng. Perubatan Hospital Kangar) akan di-CD-kan seperti mana siri satu InsyaAllah. CD HBI Siri 1 sedang dijual.
Himpunan Bicara Ilmu siri 1 dihadiri oleh 170 audien.
Penceramah:
(1) Dr. Jamnur Azhar Mulkan, hp: +6012-4235204; Slot Al-Quran & Sains (Pelantikan Manusia Sebagai Khalifah)
(2) Ust. M Fauzi Md. Thahir, Fiqh Mu'asir (Kepentingan Fiqh Dalam Kehidupan).
Sila klik gambar ini untuk membaca iklan yang dengan lebih jelas
6 ulasan:
Terima kasih mengunjungi blog saya, wah nampaknya tulisan di sini lagi terkini nampaknya. ; )
jemput datang ke rumah Mak Jang saya pada 6/4 nanti. jemput sekali ustaz2 Pusat Islam & geng2 PMI sekali ye. nanti saya upload plan ke rumah kenduri, insya Allah
sf : SAMA-SAMA.
joe_penang::: 6 Mei? InsyaAllah kalau ada kesempatan dan jika saya tahu jalannya. Dah jenguk, blm letak lagi map tu?
-Naim-
4 jun sebenarnya. Nanti dlm minggu last bulan mei ana uplodkan plan rumah, insya Allah. Juga ke alluser e mail jabatan kita
p/s: apsal ana tulis 4 hb jun(4/6) jd sebaliknya?Ada masalah setting ke kat blog anta?
Naim to joe penang ::: tiada masalah setting pun. :)
-------- 4 Jun, terlalu byk agenda yang bertembung. Mana satu nak diutamakan ni? ----------
Catat Ulasan